MATEMATIK DI HATIKU

Tuesday, October 11, 2011

Penambahan menggunakan kaedah kepala dan jari

Terasa sedikit lucu bila melihat murid melakukan aktiviti penambahan bila nombor yang ditambah melebihi bilangan jari mereka. Ada yang sampai  terpaksa guna jari kaki untuk memperolehi jawapan bagi aktiviti penambahan yang mereka lakukan.

Penambahan menggunakan kaedah kepala dan jari amat  sesuai dipraktikkan oleh murid. Ini kerana untuk kaedah ini, murid tidak perlu mengetahui nombor mana yang lebih besar dan nombor mana yang lebih kecil (akan dimasukkan dalam entri yang seterusnya). Lihat contoh teknik mengira "Kepala dan Jari" yang diaplikasikan kepada murid yang berumur enam tahun dalam video yang saya rakam. Dia dapat menguasai kaedah ini dalam tempoh tak sampai 15 minit.

Selalunya saya mengaplikasikan teknik ini untuk murid pemulihan dan hasilnya memang membanggakan. Daripada pengalaman saya, murid pemulihan yang telah menguasai teknik ini semakin bersemangat mempelajari matematik bila mereka merasakan matematik itu sebenarnya mudah dan menarik.

Sila abaikan suara latar :)

4 comments:

  1. Saya pernah ajak teknik ini kepada anak saya memang berkesan sebaliknya cikgu sekolah memarahi anak saya supaya mengikut teknik yang diajar di sekolah. Saya pun tidak faham apa objektif cikgu sekolah melarang anak saya. Pencapaian Matematik anak saya makin teruk :-(

    ReplyDelete
  2. @AkuBiomed,
    Mungkin cikgunya nak murid mahir dengan teknik mencongak dan tak bergantung kepada objek tertentu untuk lakukan operasi. Bagi saya.. pencapaian anak2 berbeza dan mereka bebas menggunakan mana-mana teknik yang mereka mahir.

    ReplyDelete
  3. Assalam..
    Ohh teknik ni.saya pernah ajar anak buah dulu,memang mudah.

    ReplyDelete
  4. saya ajar budak2 guna teknik ni....cepat dan mudah

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita