MATEMATIK DI HATIKU

Monday, October 3, 2011

Sifir - Bahan Bantu Mengajar Mc Donalds

Teruja sungguh saya melihat jadual sifir kepunyaan Restoran Makanan Segera Mc Donalds ni. Menarik, kreatif dan serba guna. Kalau kita dapat menyediakan Bahan Bantu Mengajar yang sebegini, sudah tentu ianya menjadi faktor penarik untuk anak-anak menguasai sifir. 

Inilah rupanya jadual sifir Mc Donalds. Terdiri daripada 2 bulatan yang harus kita cantumkan terlebih dahulu.

Bulatan yang pertama. Terdiri daripada sifir 2 hingga 9.

Bulatan yang kedua. Terdiri daripada gambar-gambar yang menarik dan sudah tentunya anak-anak cukup teruja melihat jadual sifir tersebut.

Cara bagaimana jadual sifir ini dipasang. Bulatan pertama diletakkan di bahagian belakang bulatan kedua.

Inilah hasilnya selepas dicantumkan. Nampak tak bagaimana jadual sifir ini digunakan? Anak-anak hanya perlu memusing bulatan pertama ikut lawan jam untuk mendapatkan hasil darab bagi nombor yang seterusnya.

8 comments:

  1. Memang kreatif... Sememangnya lebih mudah dan mesra anak-anak :D

    ReplyDelete
  2. @ Anif,
    anak saya begitu teruja sampai nak ambil lagi.. :D

    ReplyDelete
  3. Anak saya lemah sifir. Macamana hendak dapatkannya?

    ReplyDelete
  4. @AkuBiomed,
    anak saya ambil jer kat sudut kanak-kanak punya toys tu.. banyak diorang letak..

    ReplyDelete
  5. kalau kat sini (sabah) susah nk dapat..mcm mn ye blh dptkan utk anak murid sy yg d luar bandar...

    ReplyDelete
  6. agak2 thn 2014 ni bln april.. ada lg x benda ni?
    sape yg ada benda ni? nk pinjam jap...

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita