MATEMATIK DI HATIKU

Wednesday, October 19, 2011

Sifir - Cara kreatif menggunakan karton telur

Siapa sangka karton telur yang dibeli boleh dijadikan bahan bantu mengajar (BBM)! Daripada ianya dibuang begitu sahaja selepas penggunaannya selain dijadikan tempat persembunyian lipas jika tidak diselengarakan dengan baik, apa kata kita menggunakannya semula untuk memperkenalkan konsep sifir kepada murid. 


Bahan2 yang diperlukan:
1. Karton telur
2. Guli, klip, batu, bebola (apa saja objek yang bersesuaian)


Bagaimana memulakannya?
Minta murid memasukkan bilangan bebola ke dalam setiap ruang dalam karton telur. (bilangan bebola yang di masukkan hendak tetap untuk setiap ruang)




Contoh:




Setiap kali bebola dimasukkan, murid perlu menyatakan jumlah bebola yang di masukkan dalam satu ruang, berapa ruang yang telah dimasukkan bebola dan jumlah semua bebola itu. Ketika ini lah guru memperkenalkan konsep darab.




Contoh:


3 (bilangan bebola dalam satu ruang)


2 (bilangan ruang yang dimasukkan  bebola)


6 ( jumlah semua bebola)


Pada ketika ini guru mula memperkenalkan ayat matematik kepada murid.




Contoh: 3 x 2 = 6


(Guru perlu menerangkan penggunaan  simbol darab digunakan kerana bilangan bebola yang sama di masukkan berulang-ulang kali ke dalam ruang karton telur)


Uji kefahaman murid dengan memasukkan bilangan bebola ke dalam ruang karton telur yang seterusnya.


Contoh:


Minta murid untuk memberikan ayat matematik.




Jawapan 3 x 3 = 9


Teruskan aktiviti hingga 3 x 9


Akhirnya murid sudah mula mengenali sifir 3.


Penerangan ini adalah contoh sahaja. Anda boleh memulakan aktiviti dari sifir 2 dan lanjutkan sehingga sifir 9. Murid boleh menggunakan BBM ini dalam membantu mendapatkan jawapan bagi setiap latihan yang diberi oleh guru (lembaran kerja).

6 comments:

  1. Salam... kak
    Nak tanya mcm mana masukkan bahan ni.. saya dah cuba x dapatlah. Ada guna program apa2 ke

    ReplyDelete
  2. @Rozita,
    bahan apa tu yer?
    slide, video, gambar?

    ReplyDelete
  3. yg kak isza post lah cth cara kreatif menggunakan karton telur dan juga yg kak isza masukkan slide

    ReplyDelete
  4. @Rozita,
    gambar tu.. buat sendiri kat paint.. edit kat photoscape..upload kat post blog..
    yang slide buat kat powerpoint dan upload guna slide share yang dipilih..embed kat post blog

    ReplyDelete
  5. kaedah menarik dan sesuai untuk murid tahap satu atau pemulihan.Tahniah...

    ReplyDelete
  6. opa gangnam style

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita