MATEMATIK DI HATIKU

Monday, September 26, 2011

Nilai tempat dan nilai digit - Mana puluh ratus?

Nilai tempat dan nilai digit merupakan satu kemahiran yang mudah untuk dikuasai tetapi sering menjadi masalah kepada murid bila mereka keliru dalam memberikan jawapan. Untuk ini, penegasan harus diberi terhadap penggunaan perkataan nilai tempat dan nilai digit itu sendiri di mana nilai TEMPAT merujuk kepada jawapan dalam bentuk perkataan dan nilai DIGIT merujuk kepada jawapan dalam bentuk nombor.

Contoh perbezaan antara nilai tempat dan nilai digit.


Saya tertarik dengan pertanyaan daripada seorang rakan blogger yang bertanyakan di mana puluh ratus. 


Walaupun saya telah memberikan jawapannya.. nampaknya rakan kita ini masih belum berpuashati. Ada sesiapa yang boleh memberikan penjelasan? Mana tahu.. tetiba soalan ini diajukan pula oleh anak atau anak didik kita.  Sudi-sudikan berkongsi pendapat anda di sini.

14 comments:

  1. tu BI... bahasa melayu kan laen... CINTAILAH BAHASA KITA... huhuhu

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum,
    selepas tempat digit yang ke 3 iaitu ratus, pola sebutan berulang-ulang dengan ditambah ribu, juta, dan seterusnya. dalam p&p saya cadangkan kita asingkan pola tersebut dengan angka koma atau sepang... contoh seperti yang saya telah terangkan dalam blog saya. salam kenal dan salam hormat

    ReplyDelete
  3. @Hasrul Daudterima kasih di atas penerangan yang diberi.
    Salam kkenal untuk Hasrul Daud juga..
    :)

    ReplyDelete
  4. Salam Cikgu Isza...untuk penerangan gambar di atas sepatutnya bagi nombor kita tulis nilai digit kan bkn nilai tempat....sbb nilai tempat di atas ada dua ..mungkin akan mengelirukan murid..Saya jg nak bgtau yg saya dah letak rujukan sumber pada blog saya...maaf krn saya terlupa dan lama tak tgk blog tu...tq byk2 atas peringatannya:) salam perkenalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana prihatin...
      saya akan betulkan kesilapan itu..
      :)
      salam perkenalan juga

      Delete
  5. apa nilai digit bg no 0 dlm 320789? 0 atau 0000? tima kaci..

    ReplyDelete
  6. Adakah tulis 239 nilai 3 sebagai 3puluh salah sebagai jawapan nilai tempat

    ReplyDelete
  7. ngok---puluh ratus....3500...35ratus sistem Amerika...Hollywood selalu cakap dalam movies..kit x miss apa-apa pun

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. 55 ribu sama seperti =
    55 ratus " " =
    28 ratus " " =
    28 puluh " " =
    28 ribu " " =

    ReplyDelete
    Replies
    1. 55 ribu sama seperti = 55000
      55 ratus " " = 5500
      28 ratus " " = 2800
      28 puluh " " =280
      28 ribu " " =28000

      Delete

Budi Bahasa Budaya Kita