Secara umumnya murid memang tidak gemar melakukan operasi penolakan apalagi melibatkan proses kumpul semula. Kaedah yang saya gunakan ini dapat membantu murid menyelesaikan operasi penolakan dengan mudah. Penerimaan setiap murid itu berbeza jadi sebagai guru kita tidak perlu menghadkan kaedah pengajaran yang ada. Walau bagaimana
Perlu diingatkan tanda kurungan dalam langkah yang di beri tidak mewakili tanda kurungan seperti dalam proses pengiraan matematik. Tanda kurungan tersebut diletakkan sebagai penjelasan bahagian mana yang harus diselesaikan terlebih dahulu.
Cadangan saya, sebelum mengajar tajuk penolakan, guru bolehlah meminta murid sendiri yang tunjuk cara bagaimana mereka memperolehi jawapan bagi soalan penolakan yang dikemukakan. Sekiranya berlaku salah konseo, guru tidak perlu membetulkan terus kesilapan murid tetapi memberi peluang untuk murid mempelajari kaedah ini terlebih dahulu dan sterusnya meminta murid membetulkan mengesan kembali kesilapan yang telah mereka lakukan dan memperbaikinya semula.
Saya juga mencadangkan supaya guru mengajar kaedah penolakan lazim terlebih dahulu dan kaedah ini hanya diperkenalkan sekiranya terlalu ramai murid yang tidak dapat menguasai tajuk penolakan dengan baik.
terlalu byk step takut ada bdk yg careless dan mengambil terlalu banyak masa
ReplyDelete@anazira
ReplyDeleteuntuk permulaan mungkin langkah ini kelihatan panjang tapi bila dah biasa.. ianya begitu mudah.
tapi.. saya lebih mengalakkan anak murid untuk menguasai kemahiran penolakan yang biasa. Teknik ini mungkin sesuai diperkenalkan untuk murid yang masih tidak menguasai teknik penolakan yang biasa.
Kita cuma perkenalkan.. terpulang pada penerimaan murid itu sendiri :)
kalau yang melibatkan nombor sehingga 1000000 macam mana ya?
ReplyDeletesalam,,cg, sy guru pelatih sdg prktkum,,sy nk tny, mcm mna nk apply kaedah penolakan ni dlm bentuk lazim?murid sy xfaham cara untuk pinjam,,ad cadangan x nk guna istilah apa lg?
ReplyDelete