Secara umumnya murid memang tidak gemar melakukan operasi penolakan apalagi melibatkan proses kumpul semula. Kaedah yang saya gunakan ini dapat membantu murid menyelesaikan operasi penolakan dengan mudah. Penerimaan setiap murid itu berbeza jadi sebagai guru kita tidak perlu menghadkan kaedah pengajaran yang ada. Walau bagaimana
Perlu diingatkan tanda kurungan dalam langkah yang di beri tidak mewakili tanda kurungan seperti dalam proses pengiraan matematik. Tanda kurungan tersebut diletakkan sebagai penjelasan bahagian mana yang harus diselesaikan terlebih dahulu.
Cadangan saya, sebelum mengajar tajuk penolakan, guru bolehlah meminta murid sendiri yang tunjuk cara bagaimana mereka memperolehi jawapan bagi soalan penolakan yang dikemukakan. Sekiranya berlaku salah konseo, guru tidak perlu membetulkan terus kesilapan murid tetapi memberi peluang untuk murid mempelajari kaedah ini terlebih dahulu dan sterusnya meminta murid membetulkan mengesan kembali kesilapan yang telah mereka lakukan dan memperbaikinya semula.
Saya juga mencadangkan supaya guru mengajar kaedah penolakan lazim terlebih dahulu dan kaedah ini hanya diperkenalkan sekiranya terlalu ramai murid yang tidak dapat menguasai tajuk penolakan dengan baik.