MATEMATIK DI HATIKU

Saturday, November 5, 2011

BBM - Penyelesaian Masalah (Penambahan)

Topik penyelesaian masalah merupakan topik yang sering memberi masalah kepada murid untuk mendapatkan jalan penyelesaian yang betul. Slide ini saya sediakan untuk membantu guru mempelbagaikan aktiviti dalam mengajar topik yang berkenaan. Slide ini boleh digunakan dalam langkah 2 atau 3 proses P&P guru. Selain itu, guru juga boleh meminta murid untuk menyalin soalan yang terdapat pada slide ini untuk dijadikan sebagai aktiviti bertulis. Pembelajaran menggunakan ICT pastinya merupakan satu kaedah yang menarik untuk dicuba oleh murid. Murid perlu memilih jawapan yang betul dengan 'klik' pada jawapan A, B atau C.  Slide ini boleh dimuat turun.


4 comments:

Budi Bahasa Budaya Kita