MATEMATIK DI HATIKU

Thursday, January 5, 2012

Menulis nombor dalam perkataan

Berikut merupakan tips yang boleh digunakan dalam mengajar murid  tajuk 'Menulis nombor dalam perkataan'. Dalam tajuk ini, masalah akan mula wujud bila adanya nombor sifar (0) dalam nombor yang dikemukakan. Apa yang guru perlu lakukan ialah membiasakan murid untuk menggunakan kotak rumah nombor bagi menguasai tajjuk ini. 

Contoh: Tuliskan 3074 dalam perkataan


Langkah 1: Bina kotak rumah bagi setiap nombor tersebut. Dalam contoh ini, terdapat empat rumah yang terlibat iaitu sa, puluh, ratus dan ribu




Langkah 2: Masukkan nombor yang terdapat dalam soalan mengikut rumah masing-masing.




Langkah 3: Tukarkan setiap nombor dalam perkataan. Tuliskan nombor yang berada di sebelah kiri terlebih dahulu diikuti dengan nilai rumahnya yang diwakilinya.




Contoh: Tiga ribu tujuh puluh empat


- Perkataan yang berwarna merah mewakili nombor yang telah ditulis dalam perkataan
- Perkataan yang berwarna hijau mewakili nilai rumah nombor tersebut.
- Nombor dalam rumah ratus tidak ditulis kerana nilainya sifar (0)
- Sa juga tidak ditulis kerana nilai sa itu mewakili 'satu' nombor sahaja


Ulangi langkah yang sama pada contoh-contoh yang lain. Saya telah menggamalkancara ini dalam P&P saya dan hasilnya murid saya kurang melakukan kesilapan bila memberikan jawapan bagi tajuk ini berbanding cara biasa yang pernah saya gunakan dulu.

3 comments:

  1. wahaaa! lama tak singgah sini~ :3

    dah berubah dah blog nih menjadi chekgumate.. hok hok

    ReplyDelete
  2. mekasih atas perkongsian yang menarik..

    ReplyDelete
  3. cara ni yg saya gunakan utk ajar budak2 pemulihan...
    mmg bkesan dan elok utk perkongsian bersama

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita