MATEMATIK DI HATIKU

Tuesday, October 18, 2011

Membina kotak sifir dengan mudah

Membina kotak sifir merupakan satu perkara yang menjadi amalan biasa di kalangan guru matematik kini. Yang menimbulkan masalah ialah bagaimana murid dapat menyiapkan kotak sifir tanpa menggunakan kaedah hafalan ataupun penambahan sepenuhnya. Saya telahpun menemui cara bagaimana untuk membantu murid membina kotak sifir dengan mudah. Cara ini telah saya aplikasikan kepada anak murid saya dan hasilnya murid saya dapat menyiapkan kotak sifir dalam tempoh lebih kurang 3 minit. Yang tebaru, cara ini telah berjaya membantu seorang murid yang 'mild autisme'. Guru boleh melihat komen ibu kepada murid tersebut di sini http://chekguisza.blogspot.com/2011/03/timestable-cara-mudah-didik-anak-anak.html

Cadangan saya, video ini ditayangkan bersama penerangan langsung daripada guru. Selepas video ini ditayangkan, guru bolehlah mempamerkan satu kotak sifir yang kosong dipapan tulis dan meminta murid mengaplikasi apa yang mereka pelajari daripada video yang ditayangkan. Untuk langkah yang seterusnya dalam proses P&P, guru bolehlah mengedarkan lembaran kerja yang terdiri daripada satu kotak sifir yang kosong dan meminta setiap murid mengisinya menggunakan kaedah yang dipelajari. Ketika proses ini, murid hendaklah dipantau seorang demi seorang agar mereka benar-benar menguasai kaedah yang digunakan. Beri tempoh kepada murid untuk menguasai kaedah ini kerana hasilnya nanti memang di luar jangkaan. Insyaallah~

Lihat video di bawah:


6 comments:

  1. terima kasih cikgu, anak saya dari x suka sifir trus suka ^_^

    ReplyDelete
  2. terima kasih kak.. sy nk try tuk murid sy..

    ReplyDelete
  3. salam rasanay pada katak 2x2= 4 tapi cikgu tulis 2x2= 2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsslm,
      saya ada maklumkan pada kotak komen di u tube..
      :)
      yer..
      mmg ada ckkit kesilapan di situ..

      Delete
  4. cikgu video tadi saya rasa semua soalan senang

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita