MATEMATIK DI HATIKU

Friday, October 28, 2011

Kuiz - Tuliskan nombor dalam angka

Kuiz ini disediakan untuk menguji kemahiran menulis nombor dalam angka. Terdapat 20 soalan yang disediakan. Murid hanya perlu mengisikan jawapan di kotak yang disediakan. Tiada peruntukan had masa. Minta murid memberikan jawapan yang paling tepat agar murid dapat mencapai skor 'lulus' yang ditetapkan. Kuiz ini dapat membantu guru membuat penilaian tahap penguasaan murid tentang tajuk 'Tuliskan nombor dalam angka'. Murid yang tidak melepasi skor yang ditetapkan hendaklah diberi aktiviti pemulihan dan terus dipantau agar tajuk ini dapat dikuasai dengan baik.

Friday, October 21, 2011

Video set induksi - Penolakan Tahap Satu

Set induksi merupakan satu bahagian yang penting dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Set induksi bertujuan untuk menarik perhatian murid dan menyediakan murid untuk mengikut pengajaran yang seterusnya.

Video yang dihasilkan ini sesuai digunakan untuk bahagian set induksi - penolakan tahap satu. Guru-guru bolehlah mengunakan video ini  sebelum mengajar tajuk tolak kepada anak murid. Senikata lagu bolehlah disediakan pada kad manila atau diedarkan helaian kertas kepada murid supaya murid dapat menyanyi bersama.


Wednesday, October 19, 2011

Sifir - Cara kreatif menggunakan karton telur

Siapa sangka karton telur yang dibeli boleh dijadikan bahan bantu mengajar (BBM)! Daripada ianya dibuang begitu sahaja selepas penggunaannya selain dijadikan tempat persembunyian lipas jika tidak diselengarakan dengan baik, apa kata kita menggunakannya semula untuk memperkenalkan konsep sifir kepada murid. 


Bahan2 yang diperlukan:
1. Karton telur
2. Guli, klip, batu, bebola (apa saja objek yang bersesuaian)


Bagaimana memulakannya?
Minta murid memasukkan bilangan bebola ke dalam setiap ruang dalam karton telur. (bilangan bebola yang di masukkan hendak tetap untuk setiap ruang)




Contoh:




Setiap kali bebola dimasukkan, murid perlu menyatakan jumlah bebola yang di masukkan dalam satu ruang, berapa ruang yang telah dimasukkan bebola dan jumlah semua bebola itu. Ketika ini lah guru memperkenalkan konsep darab.




Contoh:


3 (bilangan bebola dalam satu ruang)


2 (bilangan ruang yang dimasukkan  bebola)


6 ( jumlah semua bebola)


Pada ketika ini guru mula memperkenalkan ayat matematik kepada murid.




Contoh: 3 x 2 = 6


(Guru perlu menerangkan penggunaan  simbol darab digunakan kerana bilangan bebola yang sama di masukkan berulang-ulang kali ke dalam ruang karton telur)


Uji kefahaman murid dengan memasukkan bilangan bebola ke dalam ruang karton telur yang seterusnya.


Contoh:


Minta murid untuk memberikan ayat matematik.




Jawapan 3 x 3 = 9


Teruskan aktiviti hingga 3 x 9


Akhirnya murid sudah mula mengenali sifir 3.


Penerangan ini adalah contoh sahaja. Anda boleh memulakan aktiviti dari sifir 2 dan lanjutkan sehingga sifir 9. Murid boleh menggunakan BBM ini dalam membantu mendapatkan jawapan bagi setiap latihan yang diberi oleh guru (lembaran kerja).

Tuesday, October 18, 2011

Membina kotak sifir dengan mudah

Membina kotak sifir merupakan satu perkara yang menjadi amalan biasa di kalangan guru matematik kini. Yang menimbulkan masalah ialah bagaimana murid dapat menyiapkan kotak sifir tanpa menggunakan kaedah hafalan ataupun penambahan sepenuhnya. Saya telahpun menemui cara bagaimana untuk membantu murid membina kotak sifir dengan mudah. Cara ini telah saya aplikasikan kepada anak murid saya dan hasilnya murid saya dapat menyiapkan kotak sifir dalam tempoh lebih kurang 3 minit. Yang tebaru, cara ini telah berjaya membantu seorang murid yang 'mild autisme'. Guru boleh melihat komen ibu kepada murid tersebut di sini http://chekguisza.blogspot.com/2011/03/timestable-cara-mudah-didik-anak-anak.html

Cadangan saya, video ini ditayangkan bersama penerangan langsung daripada guru. Selepas video ini ditayangkan, guru bolehlah mempamerkan satu kotak sifir yang kosong dipapan tulis dan meminta murid mengaplikasi apa yang mereka pelajari daripada video yang ditayangkan. Untuk langkah yang seterusnya dalam proses P&P, guru bolehlah mengedarkan lembaran kerja yang terdiri daripada satu kotak sifir yang kosong dan meminta setiap murid mengisinya menggunakan kaedah yang dipelajari. Ketika proses ini, murid hendaklah dipantau seorang demi seorang agar mereka benar-benar menguasai kaedah yang digunakan. Beri tempoh kepada murid untuk menguasai kaedah ini kerana hasilnya nanti memang di luar jangkaan. Insyaallah~

Lihat video di bawah:


Thursday, October 13, 2011

Kaedah penolakan mudah

Secara umumnya murid memang tidak gemar melakukan operasi penolakan apalagi melibatkan proses kumpul semula. Kaedah yang saya gunakan ini dapat membantu murid menyelesaikan operasi penolakan dengan mudah. Penerimaan setiap murid itu berbeza jadi sebagai guru kita tidak perlu menghadkan kaedah pengajaran yang ada. Walau bagaimana

Perlu diingatkan tanda kurungan dalam langkah yang di beri tidak mewakili tanda kurungan seperti dalam proses pengiraan  matematik. Tanda kurungan tersebut diletakkan sebagai penjelasan bahagian mana yang harus diselesaikan terlebih dahulu. 

Cadangan saya, sebelum mengajar tajuk penolakan, guru bolehlah meminta murid sendiri yang tunjuk cara bagaimana mereka memperolehi jawapan bagi soalan penolakan yang dikemukakan. Sekiranya berlaku salah konseo, guru tidak perlu membetulkan terus kesilapan murid tetapi memberi peluang untuk murid mempelajari kaedah ini terlebih dahulu dan sterusnya meminta murid membetulkan mengesan kembali kesilapan yang telah mereka lakukan dan memperbaikinya semula.

Saya juga mencadangkan supaya guru mengajar kaedah penolakan lazim terlebih dahulu dan kaedah ini hanya diperkenalkan sekiranya terlalu ramai murid yang tidak dapat menguasai tajuk penolakan dengan baik.

Tuesday, October 11, 2011

Penambahan menggunakan kaedah kepala dan jari

Terasa sedikit lucu bila melihat murid melakukan aktiviti penambahan bila nombor yang ditambah melebihi bilangan jari mereka. Ada yang sampai  terpaksa guna jari kaki untuk memperolehi jawapan bagi aktiviti penambahan yang mereka lakukan.

Penambahan menggunakan kaedah kepala dan jari amat  sesuai dipraktikkan oleh murid. Ini kerana untuk kaedah ini, murid tidak perlu mengetahui nombor mana yang lebih besar dan nombor mana yang lebih kecil (akan dimasukkan dalam entri yang seterusnya). Lihat contoh teknik mengira "Kepala dan Jari" yang diaplikasikan kepada murid yang berumur enam tahun dalam video yang saya rakam. Dia dapat menguasai kaedah ini dalam tempoh tak sampai 15 minit.

Selalunya saya mengaplikasikan teknik ini untuk murid pemulihan dan hasilnya memang membanggakan. Daripada pengalaman saya, murid pemulihan yang telah menguasai teknik ini semakin bersemangat mempelajari matematik bila mereka merasakan matematik itu sebenarnya mudah dan menarik.

Sila abaikan suara latar :)

Wednesday, October 5, 2011

Sifir 8

Sifir 8 juga mempunyai kaedah yang menarik untuk diaplikasikan dalam membantu murid menguasainya dengan baik. Video yang saya hasilkan ini dapat membantu guru mengajar sifir 8 langkah demi langkah. Selain daripada penerangan yang terdapat dalam video, guru boleh juga memberi penerangan secara langsung. Yang perlu diingatkan ialah guru perlu memantau murid untuk mengetahui jalan kira bagi setiap hasil sifir 8 yang diperolehi. 

Saksikan video di bawah:

Monday, October 3, 2011

Sifir - Bahan Bantu Mengajar Mc Donalds

Teruja sungguh saya melihat jadual sifir kepunyaan Restoran Makanan Segera Mc Donalds ni. Menarik, kreatif dan serba guna. Kalau kita dapat menyediakan Bahan Bantu Mengajar yang sebegini, sudah tentu ianya menjadi faktor penarik untuk anak-anak menguasai sifir. 

Inilah rupanya jadual sifir Mc Donalds. Terdiri daripada 2 bulatan yang harus kita cantumkan terlebih dahulu.

Bulatan yang pertama. Terdiri daripada sifir 2 hingga 9.

Bulatan yang kedua. Terdiri daripada gambar-gambar yang menarik dan sudah tentunya anak-anak cukup teruja melihat jadual sifir tersebut.

Cara bagaimana jadual sifir ini dipasang. Bulatan pertama diletakkan di bahagian belakang bulatan kedua.

Inilah hasilnya selepas dicantumkan. Nampak tak bagaimana jadual sifir ini digunakan? Anak-anak hanya perlu memusing bulatan pertama ikut lawan jam untuk mendapatkan hasil darab bagi nombor yang seterusnya.

Saturday, October 1, 2011

Mari menyanyi 1 - 10

Video yang saya hasilkan ini boleh digunakan sebagai set induksi untuk pengenalan kepada tajuk menyebut dan menggunakan nombor. Selain itu video ini dapat membantu murid mengimbas kembali apa yang telah mereka pelajari ketika mempelajari matematik ketika tahun 1 dan 2. 

Selepas video ini ditayangkan, guru bolehlah mencungkil pengetahuan sedia ada murid tentang tajuk menyebut dan menggunakan nombor. Apa yang murid pelajari di tahun 3 adalah sama dengan apa yang telah mereka pelajari di tahun 1 dan 2 cuma nombor yang dipelajari sahaja semakin membesar.