MATEMATIK DI HATIKU

Thursday, January 5, 2012

Menulis nombor dalam perkataan

Berikut merupakan tips yang boleh digunakan dalam mengajar murid  tajuk 'Menulis nombor dalam perkataan'. Dalam tajuk ini, masalah akan mula wujud bila adanya nombor sifar (0) dalam nombor yang dikemukakan. Apa yang guru perlu lakukan ialah membiasakan murid untuk menggunakan kotak rumah nombor bagi menguasai tajjuk ini. 

Contoh: Tuliskan 3074 dalam perkataan


Langkah 1: Bina kotak rumah bagi setiap nombor tersebut. Dalam contoh ini, terdapat empat rumah yang terlibat iaitu sa, puluh, ratus dan ribu




Langkah 2: Masukkan nombor yang terdapat dalam soalan mengikut rumah masing-masing.




Langkah 3: Tukarkan setiap nombor dalam perkataan. Tuliskan nombor yang berada di sebelah kiri terlebih dahulu diikuti dengan nilai rumahnya yang diwakilinya.




Contoh: Tiga ribu tujuh puluh empat


- Perkataan yang berwarna merah mewakili nombor yang telah ditulis dalam perkataan
- Perkataan yang berwarna hijau mewakili nilai rumah nombor tersebut.
- Nombor dalam rumah ratus tidak ditulis kerana nilainya sifar (0)
- Sa juga tidak ditulis kerana nilai sa itu mewakili 'satu' nombor sahaja


Ulangi langkah yang sama pada contoh-contoh yang lain. Saya telah menggamalkancara ini dalam P&P saya dan hasilnya murid saya kurang melakukan kesilapan bila memberikan jawapan bagi tajuk ini berbanding cara biasa yang pernah saya gunakan dulu.

Wednesday, December 7, 2011

Sifir 9

Sifir 9 selalu dianggap sifir yang paling sukar dihafal. Slide ini membantu dalam mengajar murid menguasai sifir 9 dengan mudah. Guru perlulah memberi penerangan ketika slide ini ditayangkan supaya murid lebih faham. Selepas penggunaan slide ini, guru bolehlah meminta setiap murid tampil ke hadapan seorang demi seorang dan mengalikasikan kaedah ini di depan kelas. Seterusnya, guru bolehlah mengedar lembaran kerja yang mengandungi soalan sifir 9 dan meminta murid menjawabnya dalam tempoh yang tertentu (contoh 3 minit). Murid yang tidak melepasi tempoh yang ditetapkan dianggap tidak dapat menguasai kaedah ini dengan baik dan perlu dibimbing secara individu.

Penerangan guru:
Tulis nombor 1 hingga lapan (secara menaik) di sebelah kiri diikuti nombor 8 hingga 1 (secara menurun) di sebelah kanan.

Monday, December 5, 2011

Permainan - Mengukuhkan kemahiran asas matematik

Belajar sambil  bermain merupakan satu kaedah yang mampu menarik minat murid. Mengukuh kemahiran asas matematik melalui permainan amat sesuai sekali diaplikasi sebagai aktiviti pengukuhan ataupun pengayaan. Guru boleh meminta murid bermain permainan ini dalam langkah 4 proses P&P. Selain itu, permaianan ini boleh dicadangkan untuk dicuba bagi mengisi masa lapang murid di rumah. Kerja rumah matematik tidak perlu terhad kepada aktiviti bertulis tetapi turut boleh dipelbagaikan dengan menggunakan bantuan yang ada dalam internet.


-