MATEMATIK DI HATIKU

Saturday, November 5, 2011

BBM - Penyelesaian Masalah (Penambahan)

Topik penyelesaian masalah merupakan topik yang sering memberi masalah kepada murid untuk mendapatkan jalan penyelesaian yang betul. Slide ini saya sediakan untuk membantu guru mempelbagaikan aktiviti dalam mengajar topik yang berkenaan. Slide ini boleh digunakan dalam langkah 2 atau 3 proses P&P guru. Selain itu, guru juga boleh meminta murid untuk menyalin soalan yang terdapat pada slide ini untuk dijadikan sebagai aktiviti bertulis. Pembelajaran menggunakan ICT pastinya merupakan satu kaedah yang menarik untuk dicuba oleh murid. Murid perlu memilih jawapan yang betul dengan 'klik' pada jawapan A, B atau C.  Slide ini boleh dimuat turun.


Friday, November 4, 2011

Silangkata Matematik Tahun 3 - Penambahan

Lembaran kerja berikut disediakan untuk topik penambahan. Walaubagaimana pun, lembaran kerja ini lebih sesuai digunakan sebagai aktiviti pengukuhan ataupun diberi kepada murid yang telah menguasai topik penambahan dengan baik. Selain itu, lembaran kerja yang berbentuk silangkata ini sesuai sekali digunakan selepas selesainya sukatan pelajaran tahun 3 supaya murid-murid dapat membuat persediaan menghadapi topik matematik untuk tahun empat. Guru atau ibubapa bolehlah memuat turun lembaran kerja yang disediakan ini.
silangkata2

credit: www.superteacherworksheets.com